Salam Akhir..
MPPB 2009 telah melabuhkan tirai. Pelbagai kenangan pahit manis terungkap selama hampir lima hari ianya berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah, staf sokongan serta barisan AJKO yang telah banyak mencurahkan keringat demi memastikan MPPB 2009 berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendaftar. Anda kini dengan rasminya bergelar seorang pelajar matrikulasi. Gunakan peluang yang anda perolehi sebaik-baiknya. Semoga anda akan terus cemerlang dan seterusnya dapat mengharumkan nama diri, keluarga dan KMP. Tidak lupa, Selamat Hari Guru buat semua pensyarah di KMP serta semua warga pendidik di seluruh negara.
Blog MPPB KMP 2009 ini juga sudah hampir sampai ke penghujungnya. Segala memori indah MPPB 2009 di harap telah dapat kami persembahkan dengan jayanya. Sesungguhnya ini adalah cubaan pertama kami untuk memaparkan perjalanan MPPB 2009 melalui blog sebegini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan. Teruskan menghantar komen dan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu persembahan blog ini di masa hadapan.
Nantikan beberapa paparan istimewa sebelum Blog MPPB KMP 2009 ini menutup tirainya.
Terima Kasih,
Admin
Add comment May 17, 2009
Hari Terakhir 15 Mei 2009
MPPB KMP 2009 akhirnya sampai ke hari terakhir. Pada hari ini telah diadakan Upacara Majlis Penutup dan Ikrar Pelajar di Dewan Indera Kayangan. Perasmian penutup telah dibuat oleh Tuan Pengarah, Pn Hajah Azuyah bt Hassan.

Ketibaan Puan Pengarah ke Dewan Seri Kayangan disambut oleh paluan kompang dan bunga manggar. MPPBKMP09/saiful

Pengarah KMP, Pn Hajah Azuyah bt Hassan bersama dengan Timbalan Pengarah, Tuan Haji Azemi Abu dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, En. Che Embi. MPPBKMP09/saiful

Pasangan pengerusi majlis pada upacara penutup tersebut. MPPBKMP09/saiful

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang pelajar baru sesi 2009/2010. MPPBKMP09/saiful

Puan Pengarah sedang khusyuk menonton persembahan multimedia MPPB KMP 2009. Jawatankuasa dokumentasi MPPB telah bertungkus lumus untuk menghasilkan persembahan yang menarik untuk tatapan semua warga KMP. MPPBKMP09/saiful

Senyuman puan pengarah sewaktu menyaksikan rakaman gelagat sepanjang MPPB 09. MPPBKMP09/saiful

Ucapan dan perasmian penutup oleh Puan Pengarah, Puan Hajah Azuyah bt Hassan. MPPBKMP09/saiful

Inovasi baru di Dewan Seri Kayangan, 3 skrin besar yang disediakan membolehkan fakta-fakta penting sewaktu ucapan pengarah dipaparkan untuk paparan lebih jelas. MPPBKMP09/saiful

Bacaan Ikrar pelajar baru. Upacara ikrar pelajar akan diadakan setiap kali ambilan pelajar baru. MPPBKMP09/saiful


Bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar. Selepas upacara bacaan ikrar ini, pelajar dengan rasminya akan memulakan sesi pengajian mereka sebagai seorang pelajar matrikulasi. MPPBKMP09/saiful

Puan Pengarah menerima kad ucapan istimewa sempena hari guru dari wakil AJKO. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa guru. MPPBKMP09/saiful

Puan Pengarah menunjukkan kad ucapan yang diterimanya sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah. MPPBKMP09/saiful
6 comments May 17, 2009
Hari Keempat 14 Mei 2009
Hari keempat bersambung dengan sesi mentor-mentee dan taklimat. Pada sebelah petangnya telah diadakan satu acara sukaneka diantara semua pelajar baru dan AJKO. Juga diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pelajar baru dan pasukan gabungan pensyarah dan staf. Ikuti detik-detik manis pada hari tersebut.

Sesi perjumpaan mentor mentee kali ketiga bagi MPPB 09. Suasana di dalam Pusat Sumber KMP dimana tempat perjumpaan diadakan. MPPBKMP09/saiful

En. Fauzi sedang melaksanakan aktiviti latihan sewaktu perjumpaan mentor mentee. Hubungan mesra antara mentor dan semua mentee mula terlihat setelah beberapa kali bersama. MPPBKMP09/saiful

Mentee sedang memahami cara untuk membuat pengiraan PNGK. Sasaran PNGK bagi tiap pelajar pastinya untuk mendapat angka 4.00. MPPBKMP09/saiful

Kumpulan mentor mentee sedang fokus melakukan aktiviti yang telah ditetapkan. Pandangan dari tingkat dua bangunan Pusat Sumber KMP. MPPBKMP09/saiful

Aksi pelajar sewaktu perlawanan persahabatan bola sepak bersama pasukan pensyarah dan staf kmp. MPPBKMP09/saiful

Perlawanan persahabatan bola sepak antara pelajar baru dan pasukan gabungan pensyarah dan staf KMP. MPPBKMP09/saiful

Timbalan Pengarah KMP, Tuan Hj Azemi Abu turut beraksi pada perlawanan persahabatan tersebut. MPPBKMP09/saiful

Tuan Hj Azemi Abu masih aktif bersukan serta sering melibatkan dalam sebarang aktiviti bersama pelajar. MPPBKMP09/saiful

Aktiviti sukaneka pelajar baru. Pelbagai acara menarik telah diadakan untuk meningkatkan lagi hubungan kemesraan di kalangan pelajar. MPPBKMP09/saiful

Pelajar lelaki sedang memberikan sorakan semangat kepada rakan-rakan yang bertanding. MPPBKMP09/saiful

Abang-abang AJKO membantu menjayakan acara sukaneka. Barisan AJKO banyak membantu sepanjang perjalanan MPPB 09. MPPBKMP09/saiful

Pelajar-pelajar perempuan sedang beraksi untuk acara bola keretapi. pelbagai aksi mencuit hati membuatkan suasana pada petang tersebut gamat dengan ketawa dan sorakan. MPPBKMP09/saiful

Aksi seorang pelajar perempuan dalam acara bawa bola pingpong. MPPBKMP09/saiful

Aksi pelajar sewaktu acara kerusi muzik. MPPBKMP09/saiful

Telatah mencuit hati dalam acara tarik upih. MPPBKMP09/saiful

Acara kemuncak pada petang tersebut adalah pertandingan tarik tali antara komsas lelaki. MPPBKMP09/saiful

Gaya seorang jaguh. Aksi pelajar sewaktu acara tarik tali. MPPBKMP09/saiful

Barisan AJKO turut tidak melepaskan peluang untuk turut bertanding bersama-sama dengan pelajar baru. MPPBKMP09/saiful


Aksi-aksi pelajar dan AJKO perempuan dalam acara tarik tali. Aksi dan gelagat pelajar untuk menang sungguh mencuit hati. MPPBKMP09/saiful
18 comments May 15, 2009
Hari Ketiga 13 Mei 2009

Perjumpaan kali pertama mentor dan mentee. Program mentor mentee adalah satu proram berterusan sepanjang sesi pengajian. MPPBKMP09/saiful

Mentee sedang melakukan aktiviti suaikenal pada perjumpaan kali pertama. MPPBKMP09/saiful

Mentee sedang memperkenal diri kepada ahli kumpulan yang lain. MPPBKMP09/saiful

Mentor bersama mentee saling bertukar cerita pada perjumpaan kali pertama. Kumpulan mentor mentee ini akan kekal sepanjang tempoh pengajian pelajar. MPPBKMP09/saiful

Penolong Pengarah Peperiksaan, En Mahyudin sedang menyampaikan taklimat akademik dan peperiksaan kepada pelajar baru. MPPBKMP09/rastam

Sesi kedua mentor mentee pada sebelah petang. aktiviti bagi sesi ini berkaitan peraturan pelajar dan borang perjanjian pelajar. MPPBKMP09/pauzy

Mentor memberikan taklimat serta membuat semakan bersama mentee tentang pengisian borang perjanjian pelajar. MPPBKMP09/pauzy

Jawatankuasa jadual waktu sedang sibuk menyediakan jadual Pengajaran dan Pembelajaran. Kelas pengajian akan bermula sejurus selepas tamatnya MPPB. MPPBKMP09/pauzy

Mentor, En.Yusmeer sedang menunjukkan bahan pameran yang terdapat di pusat sumber kepada menteenya. MPPBKMP09/saiful

Sesi riadah pada hari ketiga diteruskan dengan aktiviti senamrobik. Senamrobik merupakan satu aktiviti yang sangat popular dan berkesan untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan. MPPBKMP09/saiful

Gelagat pelajar lelaki KMP melakukan aktiviti senamrobik dengan penuh kegembiraan. aktiviti sebegini nyata sangat sesuai untuk semua peringkat umur. MPPBKMP09/saiful

Instruktur senamrobik yang dijemput khas pada petang tersebut. Beliau sungguh bersemangat untuk bersama-sama dengan pelajar-pelajar baru KMP. MPPBKMP09/saiful

Pelajar sedang mengikuti gerak senamrobik yang ditunjukkan. aktiviti senamrobik ini dijalankan di Dataran Perdana KMP. MPPBKMP09/saiful

Dua orang pelajar kembar sedang mengikuti aktiviti senamrobik. kehadiran pasangan kembar ini di KMP mencuri perhatian ramai. MPPBKMP09/saiful

Aktiviti senamrobik pada hari ketiga MPPB 09. MPPBKMP09/saiful

Pelajar sedang sembahyang maghrib berjemaah di Masjid Al-Falah KMP. MPPBKMP09/pauzy

Slot kuliah maghrib sebagai satu aktiviti pengisian rohani selepas solat berjemaah. Keseimbangan antara jasmani dan rohani sangat penting demi untuk menjadi insan yang cemerlang. Bagi pelajar bukan muslim pula ceramah moral diadakan di Dewan Kuliah. MPPBKMP09/pauzy

Timbalan Pengarah KMP, Tuan Haji Azemi bin Abu sedang menyampaikan kuliah maghrib. MPPBKMP09/pauzy

Pelajar muslimah sedah tekun mendengar kuliah maghrib yang disampaikan. Selain sesi pembelajaran di kelas, aktiviti-aktiviti kerohanian seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa. MPPBKMP09/pauzy
7 comments May 13, 2009
Hari Kedua 12 Mei 2009
Hari kedua bermulanya aktiviti-aktiviti di dalam Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sesi-sesi taklimat, perjumpaan mentor-mentee, forum, riadah serta aktiviti kerohanian. Pada Hari Kedua MPPB09 telah diadakan satu sesi perjumpaan bersama pengarah serta majlis perlantikan mentor.
Berikut adalah catatan bergambar bagi hari kedua MPPB KMP 09.

Sesi pertama pada sebelah bagi bersama Unit Kokurikulum KMP. En. Rosli sedang menyampaikan taklimat mengenai KAKOM 2009. MPPBKMP09/saiful

Pelajar khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan. pelbagai sesi taklimat diadakan kepada pelajar supaya pelajar lebih memahami perjalanan program matrikulasi. MPPBKMP09/saiful

En. Syakirin menyampaikan taklimat keselamatan kepada pelajar baru sesi 2009/2010. MPPBKMP09/saiful

Taklimat kaunseling disampaikan oleh Penolong Pengarah Kaunseling, En. Ghazali. MPPBKMP09/saiful

Majlis Bersama Pengarah dan Perlantikan Mentor. Sistem mentor-mentee dilaksanakan untuk memberikan bimbingan dengan lebih berkesan di dalam kumpulan kecil. MPPBKMP09/saiful

Penyerahan watikah perlantikan mentor kepada pensyarah. Mentor terdiri daripada pensyarah- pensyarah KMP. MPPBKMP09/saiful

Penyerahan watikah perlantikan mentor kepada pensyarah. berdasarkan sistem mentor-mentee, setiap mentor akan membimbing sekumpulan pelajar sepanjang tempoh pengajian. MPPBKMP09/saiful

Pelajar menyanyikan lagu kolej buat pertama kali di Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah. MPPBKMP09/saiful

Sesi riadah pada sebelah petang hari kedua. Aktiviti merentas desa yang diadakan bukan sahaja dapat memberi kecergasan malah memberi peluang kepada pelajar untuk meninjau di sekitaran KMP. MPPBKMP09/saiful

Pelajar melalui pintu utama KMP setelah menjalani aktiviti merentas desa. laluan larian membawa pelajar mengelilingi kawasan sekitaran kolej. MPPBKMP09/saiful

Sesi pemilihan awal bagi acara KAKOM turut diadakan pada petang hari kedua. Pelajar yang berminat sudah mula berlatih untuk peluang beraksi di KAKOM nanti. MPPBKMP09/saiful

Pengurus dan jurulatih bola jaring KMP sedang memberi taklimat kepada pelajar yang mencuba untuk pemilihan menyertai acara tersebut. KMP akan menjadi tuan rumah KAKOM 2009 pada kali ini. MPPBKMP09/saiful

Pemilihan awal untuk acara bola sepak turut diadakan untuk mengesan bakat-bakat baru mewakili KMP. MPPBKMP09/saiful

Jurulatih bola sepak sedang memerhatikan anak buahnya berlatih. Unit Ko-kurikulum KMP juga memainkan peranan yang besar dalam penganjuran KAKOM pada tahun ini. MPPBKMP09/saiful

Pelajar berehat selepas menjalani aktiviti riadah. Pelajar digalakkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas demi kesejahteraan diri. MPPBKMP09/saiful

Majlis Forum Bersama Alumni diadakan bagi mengisi slot program di sebelah malam. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar menyampaikan cenderamata kepada wakil alumni KMP. MPPBKMP09/pauzy

Petugas AJKO sedang membantu menyiapkan fail mentor mentee untuk diedarkan esok hari. Program mentor mentee akan bermula pada hari ketiga MPPB. MPPBKMP09/pauzy
4 comments May 13, 2009
Hari Pertama 11 Mei 2009 (Bhgn 2)

Pengarah KMP, Puan Hjh Azuyah bt Hassan sedang beramah mesra dengan keluarga pelajar. MPPBKMP09/saiful

Pengarah KMP, Puan Hjh Azuyah bt Hassan menyambut ketibaan pelajar bersama Ketua Jabatan Matematik. MPPBKMP09/saiful

Kegembiraan seorang ibu setelah anaknya sah menjadi pelajar KMP. walaupun terpaksa meninggalkan anak tersayang, harapan tinggi tetap diletakkan supaya anaknya terus cemerlang. MPPBKMP09/saiful

Seorang datuk sanggup menghantar cucunya walau terpaksa menggunakan kerusi roda. Ikatan kekeluargaan yang utuh jelas terpancar tidak kira usia. MPPBKMP09/saiful

Waris pelajar sedang ditemubual oleh redaksi majalah KMP. Majalah KMP yang bakal diterbitkan akan mendokumenkan maklumat serta semua detik manis sepanjang sesi ini. MPPBKMP09/saiful

Selesai urusan pendaftaran, semua waris mula membantu anak masing-masing untuk membawa barang-barang ke bilik kediaman yang telah diberikan. KMP mempunyai 9 blok asrama yang serba lengkap untuk kemudahan semua pelajarnya. MPPBKMP09/saiful

Keluarga pelajar sedang mengeluarkan barang-barang dari kereta. MPPBKMP09/saiful

Kemeriahan suasana di kawasan asrama kediaman pelajar apabila waris dan pelajar mula memasuki bilik kediaman masing-masing. MPPBKMP09/saiful

Puan Pengarah KMP sedang menyampaikan taklimat kepada para waris di Dewan Seri Kayangan. MPPBKMP09/saiful

Para waris memberikan tumpuan kepada taklimat yang disampaikan oleh Pengarah KMP. Taklimat waris dibuat untuk memberi maklumat dan informasi mengenai Program Matrikulasi serta Kolej Matrikulasi Perlis. MPPBKMP09/saiful

En. Pauzi dari unit dokumentasi KMP sedang menyediakan paparan ‘liveshow’ sepanjang acara taklimat waris. Kemudahan paparan skrin besar telah disediakan di Dewan Seri Kayangan untuk memudahkan semua hadirin dewan mengikuti perjalanan majlis dengan lebih selesa. MPPBKMP09/saiful

Sesi soal jawab bersama waris pelajar dan pihak pengurusan kolej. Kerjasama antara pihak ibubapa dan kolej sangat-sangat diharapkan demi kejayaan semua pelajar. MPPBKMP09/saiful

Ibubapa mengambil peluang untuk bermesra bersama Puan Pengarah sebaik selesai sesi taklimat. MPPBKMP09/saiful

Pelajar bersama keluarga buat kali terakhir sebelum berpisah. pelajar akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 semester sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki ke universiti. MPPBKMP09/saiful

Sesi taklimat bersama Ketua Jabatan HEP dan Felo Asrama. MPPBKMP09/rastam

Barisan felo yang sedia berkhidmat untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar di asrama. MPPBKMP09/rastam
10 comments May 12, 2009
Hari Pertama 11 Mei 2009 (Bhgn 1)
Hari pertama MPPB 2009 bermula dengan urusan pendaftaran pelajar-pelajar baru. Keluarga pelajar mula memasuki KMP seawal jam 7.30 pagi. Malah ada keluarga pelajar yang datang dari jauh sudahpun tiba sehari lebih awal dan menginap di Asrama Pelajar. Kemeriahan sudah dirasai apabila banyak kenderaan mula memasuki kawasan kolej. Terima kasih kepada petugas lalu lintas yang sungguh berdedikasi dan mula bertugas sejak awal pagi.
Proses pendaftaran bermula di pintu masuk kolej. Setiap kenderaan waris akan diberikan buku maklumat pendaftaran beserta nombor giliran pendaftaran. Seterusnya proses pertama bermula di kaunter semakan yang ditempatkan di hadapan Pusat Sumber. Pelajar akan dipanggil mengikut kumpulan nombor giliran. Penggunaan nombor giliran ternyata membuatkan proses pendaftaran dapat berjalan dengan sangat lancar.
Proses semakan seterusnya diadakan di kaunter semakan di dalam Pusat Sumber. Selain itu bagi kemudahan pelajar, sebuah kaunter BSN juga turut disediakan. Terima kasih kepada pihak BSN. Setelah semua dokumen pendaftaran mencukupi, pelajar akan melalui proses kemasukan maklumat yang diadakan di Makmal Komputer 10. Di ikuti dengan urusan Kad Matrik, penyerahan kunci bilik asrama dan cenderamata MPPB 2009.
Keseluruhan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan tamat dalam masa yang ditetapkan. Kebanyakkan waris agak berpuas hati dengan urusan pendaftaran pada kali ini. Tahniah kepada semua petugas.
Berikut adalah catatan bergambar sepanjang proses pendaftaran pada pagi tersebut.

Kenderaan waris mula memasuki Kolej Matrikulasi Perlis seawal 7.30 pagi. walaubagaimanapun tiada kesesakan luarbiasa kerana aliran trafik kenderaan sudah dirancang dengan baik. MPPBKMP09/saiful

Petugas lalulintas mengawal aliran masuk kenderaan waris. Petugas terdiri daripada bekas pelajar yang kini menuntut di universiti. MPPBKMP09/saiful

Petugas mengedarkan buku maklumat pendaftaran beserta dengan nombor giliran kepada setiap kenderaan waris di hadapan pintu masuk KMP. MPPBKMP09/saiful

Anggota polis trafik turut membantu mengawal lalulintas. kerjasama yang diberikan dari pihak polis trafik sangat-sangat dihargai. MPPBKMP09/saiful

Kaunter mula dibuka tepat jam 8.00 pagi. proses pendaftaran dibuat secara berperingkat yang membolehkan pergerakan pelajar yang lebih lancar. MPPBKMP09/saiful

Ibu bapa dan keluarga sedang sabar menunggu di khemah yang disediakan. KMP menerima kemasukkan pelajar dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia. MPPBKMP09/saiful

Sistem nombor giliran digunakan bagi memudahkan proses pendaftaran. keseluruhan proses pendaftaran semua pelajar hanya mengambil masa 3 jam sahaja.MPPBKMP09/saiful

Suasana di kaunter semakan di Pusat Sumber KMP. MPPBKMP09/saiful

Kaunter BSN juga turut disediakan untuk memudahkan pelajar membuka akaun simpanan. setiap pelajar akan diberikan wang saku sepanjang pengajian di kolej matrikulasi. MPPBKMP09/saiful

Para petugas membantu memasukkan data pelajar ke dalam sistem maklumat pelajar di kaunter MIS. MPPBKMP09/saiful

Pelajar sedang mendapatkan kad matrik sementara di kaunter kad matrik. MPPBKMP09/saiful

Kaunter serahan kunci bilik kediaman pelajar. terdapat 9 blok asrama kediaman di KMP. semuapelajar diwajibkan tinggal di asrama sepanjang sesi pengajian. MPPBKMP09/saiful

Kaunter serahan cenderamata MPPB09. pelajar dibekalkan dengan beberapa cenderamata seperti beg, tali leher/selendang dan t-shirt. MPPBKMP09/saiful

pilihan saiz untuk t-shirt pelajar. MPPBKMP09/saiful

Antara cenderamata yang akan diberikan kepada setiap pelajar. MPPBKMP09/saiful

Ibu bapa dan keluarga sedang menunggu pelajar menyudahkan urusan pendaftaran. MPPBKMP09/saiful
12 comments May 11, 2009
Selamat Datang
Selamat Datang ke Kolej Matrikulasi Perlis. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dipilih ke Program Matrikulasi dan telah melaporkan diri. Semoga kecemerlangan anda akan berterusan di bumi KMP ini.
Blog ini akan memaparkan catatan bergambar untuk tatapan semua pihak. Ini merupakan cubaan kali pertama untuk merakamkan detik-detik menarik sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru sessi 2009/2010 di Kolej Matrikulasi Perlis. Sebarang k0men dan cadangan amat dialu-alukan.
Terima kasih
Admin
6 comments May 11, 2009